Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    35 maut dalam nahas bas

    HARARE, 15 APRIL – Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan 71 cedera di Zimbabwe apabila sebuah bas membawa jemaah gereja ke perhimpunan Easter terbabas dari jalan dan terjatuh ke dalam gaung, kata polis hari ini.

    Kenderaan itu sedang membawa anggota ke gereja di selatan negara.

    “Saya boleh mengesahkan satu kemalangan berlaku pada malam kelmarin. Setakat ini, jumlah kematian adalah 35 dan 71 orang cedera,” beritahu jurucakap polis Penolong Pesuruhjaya Paul Nyathi kepada AFP.

    “Terdapat tanda-tanda yang mencadangkan bas membawa kapasiti penumpang berlebihan,” katanya. Bas di Zimbabwe biasanya mempunyai kapasiti 60 hingga 75 penumpang.

    Polis berkata bas sedang dalam perjalanan dari tenggara bandar Chimanimani ke Masvingo, 280 kilometer dari ibu negara, dan kemalangan berlaku berhampiran bandar Chipinge.

    Seorang penggubal undang-undang tempatan Joshua Sacco yang mengunjungi tempat nahas berkata bas bergolek beberapa kali menuruni cerun yang curam dan bumbung bas terkopek.

    “Penumpang terhumban keluar. Terdapat mayat dan penumpang cedera bergelimpangan di tempat kejadian selepas mereka terhumban keluar dari bas,” beritahu Sacco kepada AFP menerusi telefon.

    Dia menyifatkan kejadian menyedihkan dengan penumpang ‘mengerang kesakitan,’ dan kanak-kanak antara yang terbunuh, namun tidak memberikan jumlah mangsa kanak-kanak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...