Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    35 panggilan pokok tumbang sepanjang Januari

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima sebanyak 35 panggilan kecemasan mengenai insiden pokok tumbang sepanjang Januari lalu.

    Daripada jumlah itu, Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi dengan 25 panggilan manakala itu, Daerah Belait mencatatkan lima panggilan, Daerah Tutong dua panggilan dan Daerah Temburong tiga panggilan, menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP.

    Jumlah berkenaan termasuk satu insiden yang berlaku di di kawasan berdekatan Kampung Batong, baru-baru ini, di mana sepohon pokok jati berukuran 12 meter dengan garis pusat lebih kurang 18cm telah tumbang ke atas sebahagian jalan raya.

    Menurut JBP, empat orang anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Pengkalan Batu yang diketuai oleh ASO Mohd Jani bin Haji Safar telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 2:59 petang.

    Sejurus tiba, anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua buah gergaji rantai.

    Gambar fail menunjukkan anggota bomba memotong sebatang pokok yang tumbang di salah satu lokasi.
    Anggota bomba memotong pokok tumbang menggunakan gergaji rantai.
    Antara insiden pokok tumbang yang berlaku pada Januari lalu.

    Dalam insiden berkenaan, tiada ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

    Dalam kenyataan itu, JBP menyarankan orang ramai untuk mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.

    Pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan akan tetapi ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang boleh merebahi rumah semasa cuaca tidak menentu.

    Jabatan menyarankan supaya pokok yang ditanam mestilah sentiasa dijaga dan diawasi serta dipotong (trimming) sebelum keadaan tidak terkawal.

    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...