35 pelombong terperangkap berjaya diselamatkan

TRENTON, KANADA, 29 SEPT – Seramai 35 pelombong yang terperangkap pada Selasa ketika menjalankan aktiviti melombong telah diselamatkan, lapor Agensi Anadolu.

Kejadian berlaku di Totten Mine dekat Sudbury, utara Ontario dan mereka yang terperangkap itu diselamatkan sepasukan 58 pekerja penyelamat Vale SA dan Ontario Mine.

Empat lagi mangsa masih menunggu untuk diselamatkan.

Pelombong itu terperangkap pada Ahad, memetik laporan CTV News.

“Kami cuba menyelamatkan mangsa dengan penuh berhati-hati dan sebaik yang mungkin,” kata Shawn Rideout dari Ontario Mine Rescue.

Lombong yang terletak berhampiran Sudbury dan mempunyai kira-kira 200 pekerja, menghasilkan tembaga, nikel, kobalt, platinum, emas serta perak.

Menurut laman sesawang syarikat, Vale telah beroperasi di Sudbury selama lebih 100 tahun.

Mempunyai lima lombong dan beberapa buah kilang dengan 4,000 pekerja, menjadikan Vale salah satu daripada kawasan perlombongan bersepadu terbesar dunia. – Bernama