35 rumah papan ranap di Sandakan
SANDAKAN, 9 Sept – Sebanyak 35 rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Gelam di Jalan Leila di sini, kira-kira jam 1:40 pagi tadi. Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 1:42 pagi sebelum mengejarkan 17 pegawai dan empat jentera bomba dan dua kenderaan utiliti ke tempat kejadian. “Ketika tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan merebak dengan cepat































