35 terkandas di roller-coaster USJ Jepun

TOKYO, 22 OKT – Sejumlah 35 orang terkandas seketika di sebuah roller-coaster tinggi di Universal Studio Jepun (USJ), Osaka hari ini akibat gangguan bekalan kuasa, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut laporan media, memetik operator taman tema itu.

Kakitangannya menyelamatkan mereka yang terkandas di roller-coaster ‘Hollywood Dream – The Ride’ yang mempunyai kapasiti 36 orang, yang terhenti pada puncak tertinggi di treknya, kata operator taman.

Menurut Kansai Transmission and Distribution Inc., bekalan tenaga terputus berlaku pada jam 12:45 tengah hari waktu tempatan dan menjejaskan kira-kira 3,200 kediaman, kebanyakannya terletak di bandar Konohana Ward di mana USJ terletak.

Ia kembali pulih pada jam 1:06 petang dan punca gangguan masih disiasat. – Xinhua