Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    350 beg sampah dikutip

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan PTAS Aker Solutions Sdn Bhd

    BELAIT, 19 OGOS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusannya untuk membantu mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dan sebahagian daripada Kempen Alam Sekitar ORMC 2022, PTAS Aker Solutions telah mengendalikan kempen pembersihan pantai, Let’s Clean Up, pada 12 Ogos lalu.

    Di samping pegawai dan kakitangannya, kempen berkenaan juga melibatkan pelbagai rakan niaga termasuk Adinin Works and Engineering Sdn Bhd, Massutera Engineering Sdn Bhd, Zainal Daud Sdn Bhd, Baker Hughes Process & Pipeline Services Limited, Techoil Company Sdn Bhd dan Tendrill Sdn Bhd.

    Hadir mengetuai kempen berkenaan ialah Pengarah Projek PTAS Aker Solutions, Svein Oskar Nuland yang menyatakan bahawa pencemaran plastik masih menjadi salah satu isu alam sekitar.

    “Ini mempunyai impak negatif bukan sahaja di mata awam malah membahayakan hidupan, biodiversiti dan ekosistem marin,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menekankan keperluan membuat usaha untuk tidak mengehadkan diri daripada hanya menyumbang balik kepada alam sekitar menerusi acara-acara pembersihan pantai sebaliknya mendidik dan secara proaktif menggabungkan inisiatif-inisiatif mesra alam sekitar dalam kehidupan harian mereka seperti menggunakan botol-botol dan beg pakai semula serta memastikan bahawa sebarang bahan buangan plastik dibuang dengan selamat dan betul.

    Sepanjang kempen yang meliputi kawasan lebih 3 kilometer bermula di pesisir Pantai Kuala Belait itu telah mengutip lebih 350 beg sampah dalam masa 3 jam.

    Sebanyak 90 peratus sampah yang dikutip merangkumi plastik sekali guna seperti beg-beg plastik, botol air, kontena makanan, straw, barangan rumah dan mainan.

    Svein Oskar Nuland turut serta dalam kempen pembersihan pantai berkenaan.
    Antara peserta kempen bersama sampah yang telah berjaya dikutip.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...