Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    350 serta cabaran larian flora dan fauna di Tasek Lama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Awang Yazid bin Hidup dan Dayang Alea Liya binti Abdullah masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan perempuan terbuka (8km) dalam Flora and Fauna Trail Run Challenge 2022 ke-3 anjuran Sef Runners berlangsung di Taman Rekreasi Tasek Lama, pagi tadi.

    Kategori Lelaki Veteran 1 (8km) telah dijuarai Awang Shamsul Effandy bin Haji Sulaiman dan Chung Kwei Ming menjuarai Kategori Lelaki Senior Veteran 2 (8km).

    Manakala itu, Kategori Perempuan Veteran 2 (8km) pula dijuarai oleh Airince Liam.

    Para pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $300, $200, dan $100 sumbangan Skechers.

    Manakala itu, pemenang keempat dan kelima pula memenangi wang tunai $75 dan $50.

    Cabaran ditaja oleh GL Extra Enterprise selaku pengedar tunggal jenama kasut Skechers di Brunei itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana lebih 350 orang peserta menyertainya.

    Ia telah bermula dengan sesi pendaftaran di kawasan menara Tasek Lama, diikuti dengan sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Sefli anak Ahar.

    Seterusnya, larian bermula pukul 6:30 pagi disempurnakan oleh Sefli.

    Sefli menyempurnakan pelepasan peserta bagi salah satu kategori yang dipertandingkan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...