Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    36 daripada 63 jemaah umrah terkandas di Arab Saudi tiba di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 4 NOV – Kementerian Luar Negeri sedang berusaha untuk membawa pulang 63 jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

    Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan pertama seramai 36 jemaah umrah tersebut telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5:50 pagi tadi, dan 27 jemaah lagi akan dibawa pulang menerusi penerbangan seterusnya.

    “Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

    Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

    Kesemua jemaah telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas, namun mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

    Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...