Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    36 orang terbunuh keganasan di Congo

    GOMA, CONGO, 10 MAC – Sekurang-kurangnya 36 orang dibunuh oleh pelampau di timur Congo, kata tentera kelmarin.

    Pasukan Demokratik Bersekutu, sebuah militia pemberontak membunuh orang awam di kampung Mukondi di wilayah Kivu Utara, kata jurucakap tentera Congo di bandar Beni, Kapten Anthony Mwalushayi.

    Konflik telah memuncak di timur Congo selama beberapa dekad kerana lebih daripada 120 kumpulan bersenjata berjuang untuk kuasa, pengaruh dan sumber serta beberapa lagi untuk melindungi komuniti mereka.

    ADF sebahagian besarnya aktif di wilayah Kivu Utara tetapi baru-baru ini telah memperluaskan operasinya ke wilayah jiran Ituri dan ke kawasan berhampiran ibu kota wilayah, Goma.

    Pemberontak ADF dituduh oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia menyasar, mencacatkan, merogol dan menculik orang awam, termasuk kanak-kanak.

    Awal bulan ini Amerika Syarikat menawarkan ganjaran sehingga $5 juta untuk penangkapan ketua kumpulan itu, Seka Musa Baluku. – AP

    Sukarelawan Palang Merah mengebumikan jenazah orang awam yang terbunuh di Republik Demokratik Congo, kampung wilayah Kivu Utara Mukondi. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...