Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

36 pelajar SU Sengkarai dirai dalam majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Julai – Seramai 36 pelajar yang terdiri daripada 14 lelaki dan 22 perempuan Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Sengkarai Tutong telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong juga selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan ayat-ayat lazim oleh murid-murid yang diraikan. Majlis juga diisi dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5, seterusnya Dikir ‘Ash Rakal’ oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5.

Kemudian, majlis diikuti dengan penyampaian sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi tahun 2016 kepada seramai 29 orang murid yang mencapai 100 peratus lulus dan empat daripadanya merupakan penerima anugerah murid cemerlang.

Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberikan dorongan dan galakan kepada murid-murid di sekolah berkenaan untuk terus berusaha dan mempelajari serta menghayati bacaan Al-Quran sehingga mereka khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama.

Guru Besar SU Sengkarai, Hajah Siti Arbi binti Haji Libut menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.
Guru Besar SU Sengkarai, Hajah Siti Arbi binti Haji Libut menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -