360 sampel diuji dalam 24 jam, tiada kes baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Negara Brunei Darussalam terus tidak mencatatkan sebarang kes komuniti dan import setakat 12 tengah hari ini, mengekalkan kes keseluruhan COVID-19 kepada 143 orang dan hanya satu kes masih aktif.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan mengenai status pengemaskinian jangkitan di negara ini di sini, seramai 630 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 4,580 orang telah menamatkan pengasingan sejak Mac 2020.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 360 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada
49,519 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.