Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    362 pelajar sertai Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Seramai 362 orang pelajar Tahun 10 Fast Track (FT) dan Tahun 11 Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Turut hadir ialah jemputan-jemputan khas dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), ibu bapa serta penjaga para peserta khatam yang diraikan.

    Majlis bertujuan untuk mengambil keberkatan dan rahmat dari Allah SWT melalui amalan membaca Al-Quran, di samping menggalakkan para pelajar agar sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan bacaan yang lancar dan betul.

    Selain itu, ia juga memastikan para pelajar Tahun 10FT dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran sebelum mereka menamatkan pengajian di sekolah dan menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan hidup yang berguna.

    Majlis khatam juga bertujuan untuk melahirkan rakyat celik Al-Quran dan menjadikan pembacaannya sebagai satu budaya dalam merealisasikan hasrat pembentukan generasi Al-Quran dan Negara Zikir.

    Antara pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...