Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    3,641 syarikat Sarawak gulung tikar semasa pandemik

    KUCHING, 22 NOV – Sebanyak 3,641 syarikat di Sarawak terpaksa gulung tikar sepanjang pernularan COVID dari tempoh 2020 hingga hari ini.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata ia berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Beliau berkata bagi mengurangkan kesan pandemik COVID, kerajaan Pusat telah menyediakan pelbagai bantuan seperti Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

    “Kerajaan Sarawak juga telah melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang berjumlah RM6.7 bilion yang merangkumi bantuan kewangan dan bantuan bukan kewangan untuk rakyat termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

    “Dari tahun 2020 sehingga kini juga lebih 10,500 usahawan-usahawan Sarawak telah menerima bantuan dari kerajaan negeri dengan jumlah bantuan sebanyak RM187 juta menerusi pelbagai program,” katanya menjawab soalan Safiee Ahmad (GPS-Daro) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

    Safiee ingin tahu jumlah syarikat di Sarawak yang telah gulung tikar sejak pandemik COVID9 melanda negara dan usaha kerajaan membantu mereka memulihkan perniagaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...