Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 maut dalam kekecohan selepas pilihan raya di Kenya

    NAIROBI, 10 Okt – Sejumlah 37 orang maut dalam insiden keganasan yang berlaku selepas pilihan raya antara 9 dan 15 Ogos, kata pejuang hak asasi kebangsaan Kenya.

    Dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Kenya (KNCHR) berkata sejumlah 126 orang cedera dalam insiden itu. Menurut suruhanjaya itu, kematian berlaku di Kawangware, Mathare, Kibra, Lucky Summer, Baba Dogo dan Huruma-allin dalam daerah Nairobi serta ??di ?????Kondele, Manyatta, Nyamasaria, Nyalenda dalam daerah Kisumu; pekan Siaya dan Ugunja dalam daerah Siaya serta Rangwe di Teluk Homa.

    Laporan itu menyebut antara mangsa yang maut ialah tujuh orang kanak-kanak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki.

    Mangsa paling muda ialah Samantha Pendo, 6 bulan, yang meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibelasah teruk di rumahnya di kawasan setinggan Nyalenda, Kisumu.

    Tiga puluh lagi mangsa yang maut terdiri daripada remaja dan golongan berusia lingkungan umur 20 hingga 45 tahun. Daripada jumlah itu, 28 adalah lelaki manakala bakinya wanita.

    KNCHR mendakwa sejumlah 35 orang dibunuh oleh polis ketika bertindak menenteramkan bantahan sejurus selepas Presiden Kenyatta diisytihar pemenang pada pilihan raya 8 Ogos itu, yang kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Agung.    – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda