Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    37 pelajar terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Seramai 37 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Gadong, hari ini.

    Para penerima merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di bawah Program Ri’ayah Wa Marhabbah, Kementerian Pendidikan Pada majlis itu, sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sekolah-sekolah, Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Abas, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Sumbangan berupa wang tunai dan barang makanan hasil kutipan derma ikhlas warga SEAMEO VOCTECH itu merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan SEAMEO VOCTECH di bulan Ramadan bagi membantu pelajar-pelajar atau individu yang dikenal pasti seperti anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.

    Pada tahun ini, SEAMEO VOCTECH melaksanakan majlis itu melalui Jawatankuasa Musala Ar-Raudah, SEAMEO VOCTECH dengan kerjasama Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan di bawah Program Ri’Ayah Wa Marhabbah, bagi mendapat fadilat dan keberkatan bulan Ramadan Mubarak 2022 dan atas inisiatif CSR warga Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Awang Alias menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar pada majlis yang berlangsung di Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Gadong, kelmarin.
    Antara pelajar yang menerima sumbangan pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...