KUALA LUMPUR, 3 Okt – Terdapat keperluan besar untuk mengembangkan produk modal Islam bagi memastikan pergantungan yang lebih rendah ke atas sistem perbankan selain mewujudkan kestabilan kewangan yang lebih tinggi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Titah baginda, aset perbankan Islam hari ini menyumbang kira-kira 80 peratus daripada sistem kewangan Islam dunia, manakala produk modal Islam menyumbang baki 20 peratus.
“Ini bermakna kelas aset lain, seperti sukuk, dana modal bersama dan teroka, ekuiti persendirian, insurans dan pembiayaan mikro serta pembiayaan orang ramai, perlu dibangunkan pada kadar yang lebih cepat,” titah banginda dalam ucapan perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2017 kali ke-14 hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn