Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Seramai 38 orang pemenang bertuah membawa pulang pelbagai hadiah baucar membeli-belah bernilai keseluruhan $38,888 semasa Cabutan Bertuah Kempen Roar Into 2022 yang diadakan secara langsung melalui penstriman laman Instagram dan Facebook, hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd, cabutan bertuah berkenaan adalah bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat pembelian mana-mana model kenderaan Toyota dari 1 Januari hingga 28 Februari.
Cabutan yang dibuat secara langsung berkenaan telah dikendalikan oleh Pengurus Besar Kanan NBT, Leong Cheng Soon dan Pengurus NBT Cawangan Bunut, Awang Arif Aliudin.
Dalam cabutan bertuah berkenaan, hadiah utama berupa baucar membeli-belah bernilai $8,888, hadiah kedua berupa baucar membeli-belah bernilai $3,888 telah dimenangi oleh dua orang pemenang iaitu Awang Muhd Norhazmi Hazwan bin Samhan dan Dayang Nur Aqilah binti Azhar.
Sementara itu, tiga orang pemenang telah memenangi hadiah ketiga iaitu baucar membeli-belah bernilai $2,888, tiga orang pemenang telah memenangi hadiah keempat iaitu baucar membeli-belah bernilai $1,888, tiga orang pemenang telah memenangi hadiah kelima iaitu baucar membeli-belah bernilai $888, enam orang pemenang telah memenangi hadiah keenam iaitu baucar membeli-belah bernilai $388, lapan orang pemenang telah memenangi hadiah ketujuh iaitu baucar membeli-belah bernilai $288 dan seramai 12 orang pemenang telah memenangi hadiah kelapan iaitu baucar membeli-belah bernilai $188.
Kempen itu bermatlamat untuk terus memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada para pelanggan dengan hadiah-hadiah yang menarik serta berharga.