Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    38 warga MPC, pelabuhan menderma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Seramai 38 orang telah menderma darah dalam kempen yang berlangsung selama tiga hari anjuran pihak pengurusan dan kakitangan Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) dengan kerjasama Pusat Derma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini.

    Penderma kempen yang berlangsung di Terminal Pusat Kapal Pesiar di Pelabuhan Muara itu terdiri daripada kakitangan MPC dan komuniti pelabuhan dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zeng Caili yang memberi galakan kepada MPC untuk menganjurkan acara seumpamanya buat kali kelima.

    Objektif acara itu adalah untuk meningkatkan sokongan komuniti MPC, dalam usaha untuk memberikan “hadiah kehidupan” melalui derma darah selain untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat, selain membantu meningkatkan bekalan darah bagi mereka yang memerlukan sambil membawa tema ‘Derma Darah, Selamatkan Nyawa, Kami MPC!’.

    Antara yang menderma darah semasa kempen itu. – Gambar serahan MPC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...