Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    38,000 penduduk di Miyazaki dinasihatkan pindah

    TOKYO, 18 OGOS – Kira-kira 38,200 penduduk di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun, dinasihatkan berpindah ekoran risiko tanah runtuh, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

    Nasihat itu dikeluarkan berikutan Taufan Lan yang diramal melanda Pulau Kyushu di wilayah itu, lapor penyiar NHK.

    Taufan itu yang melanda barat daya Jepun, membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

    Wilayah itu telah mengisytiharkan amaran tahap empat daripada lima tahap amaran yang berkemungkinnan memerlukan penduduk berpindah ke tempat selamat.

    Bagaimanpun, jalan raya masih dibuka untuk lalu lintas.

    Pada Khamis, Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan melaporkan bahawa bilangan penduduk yang cedera ketika Taufan Lan melintasi Jepun telah meningkat kepada 64 orang. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda