39 maut dalam kebakaran penjara

NAIROBI, 7 DIS – Satu kebakaran besar melanda penjara penuh sesak di Burundi sebelum subuh hari ini, membunuh puluhan banduan dan mencedera ramai lagi, kata naib presiden negara.

Ramai penghuni masih tidur pada masa kebakaran yang memusnahkan beberapa bahagian bangunan di ibu negara politik Burundi Gitega, kata saksi.

Naib Presiden, Prosper Bazombanza, yang melawat tempat kejadian bersama beberapa menteri kanan lain, memberitahu wartawan 38 orang terbunuh dan 69 cedera parah.

Kebakaran berlaku kira-kira 4 pagi. Kementerian dalam negeri berkata di Twitter ia berpunca daripada litar pintas elektrik.

“Kami mula menjerit bahawa kami akan dibakar hidup-hidup apabila kami melihat api meningkat naik, tetapi polis enggan membuka pintu kuarters kami, berkata ‘ia adalah arahan yang kami terima,’” beritahu seorang tahanan kepada AFP menerusi telefon.

“Saya tidak tahu bagaimana saya melepaskan diri, namun ada banduan yang terbakar sepenuhnya.”

Penjara itu menempatkan lebih 1,500 banduan pada akhir November, menurut angka pihak berkuasa penjara, jauh lebih tinggi daripada kapasitinya iaitu 400 orang. – AFP