Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 terkorban dalam tragedi bot karam berasingan

    BRASILIA, 25 Ogos – Seramai 39 orang terkorban dalam dua tragedi bot karam di Brazil baru-baru ini, lapor agensi berita China Xinhua.

    Kejadian terbaharu berlaku semalam, berdekatan Salvador di Bahia, apabila sebuah bot membawa kira-kira 116 penumpang dan empat anak kapal terbalik sebaik berlepas dari pelabuhan kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan menyebabkan 18 maut.

    Menurut Sekretariat Kesihatan Bahia, 89 lagi penumpang berjaya diselamatkan.

    Satu lagi kejadian pada Rabu, sebuah bot pelancongan terbalik di Sungai Xingu, Para di rantau Amazon utara Brazil mengorbankan 21 orang.

    Sekretariat Keselamatan Awam Negeri (Segup) berkata dalam kejadian itu 23 orang diselamatkan dan lima lagi masih hilang.

    Mangsa terselamat berkata, ketika kejadian keadaan hujan disusuli angin kencang.

    Kemalangan membabitkan pengangkutan air kerap berlaku di sungai lembah Amazon kerana kebanyakan bot sering dinaiki lebih penumpang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda