Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    4.8 juta orang hilang tempat tinggal

    KHARTOUM, 5 SEPT – Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) kelmarin berkata kira-kira 4.8 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak pertengahan April.

    Kira-kira satu juta orang telah melintasi sempadan ke negara jiran, kata OCHA dalam kemas kini terbaharunya, sambil menyatakan sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak telah meninggalkan rumah mereka sejak konflik di Sudan meletus lebih empat bulan lalu.

    Terdahulu pada Isnin, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merayu AS$1 bilion untuk menyediakan bantuan penting dan perlindungan kepada lebih 1.8 juta orang yang dijangka tiba di lima negara jiran menjelang akhir 2023 selepas melarikan diri dari konflik yang berterusan di Sudan, lapor Xinhua.

    “Ini adalah peningkatan dua kali ganda daripada apa yang dianggarkan pada awal Mei yang diperlukan untuk menangani krisis ini,” menurut UNHCR dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...