Monday, May 29, 2023
26 C
Brunei

    -

    4 ahli bomba dinaikkan pangkat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Empat ahli bomba yang dinaikkan pangkat sebagai ahli bomba kelas satu 4 telah diraikan pada majlis penyampaian tanda pangkat dan Doa Selamat bakal jemaah haji kakitangan Cawangan Operasi F yang berlangsung di Balai Bomba Pengkalan Batu baru-baru ini.

    Penyampaian tanda pangkat kepada Awang Mohd Roslani Azmie bin Mohd Khairey Sam, Awang Mohd Zainuddin bin Haji Hamdan, Haji Hairol Hazrin bin Haji Abdul Kahar dan
    Pengiran Muhammad Aiman bin Pengiran Azhari telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah, SFR Haji Nordin bin Haji Buntan.

    Majlis juga diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi bakal jemaah haji iaitu Stesen Komander Balai Bomba Pengkalan Batu, Pemangku ASFR Haji Saman bin Haji Saidin dan Tukang Masak, Dayang Ruhil Alina binti Haji Sanny.

    Turut hadir pada majlis itu ialah para pegawai, anggota serta kakitangan di Cawangan Operasi F.

    SFR Haji Nordin bergambar ramai dengan ahli-ahli bomba yang dinaikkan pangkat mereka pada majlis yang berlangsung di Balai Bomba Pengkalan Batu pada 8 Jun lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -