4 anak damit maut, 36 selamat kebakaran di hospital India

NEW DELHI, 9 NOV – Satu kebakaran meranapkan unit penjagaan anak damit baru lahir di sebuah hospital pusat di India, meragut empat nyawa anak damit, kata pegawai.

Satu siasatan telah dilancarkan ke atas kejadian yang berlaku pada malam Isnin di Hospital Kanak-kanak Kamla Nehru di Bhopal, kata ketua menteri negeri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chauhan.

Terdapat 40 kanak-kanak di unit itu dengan 36 yang lain berjaya diselamatkan, kata Menteri Pendidikan Perubatan, Vishwas Sarang. Menurutnya, dia tiba di hospital itu dalam masa 10 minit selepas insiden dan semuanya kini terkawal.

“Kematian kanak-kanak sebelum tiba masanya di dunia ini adalah sesuatu yang menyedihkan,” kata Chauhan di Twitter, mengucapkan takziah kepada keluarga terjejas kejadian itu.

Meskipun siasatan sedang berjalan, pihak berkuasa memberitahu Press Trust of India bahawa litar pintas mungkin menjadi punca kebakaran. – AP

Seorang lelaki mengangkat seorang kanak-kanak keluar dari Hospital Kanak-kanak Kamla Nehru selepas kebakaran berlaku di unit anak damit di hospital itu, meragut empat jiwa anak damit. – AP