4 anggota JBP naik pangkat

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan JBP

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Empat orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah dinaikkan pangkat dan menerima tanda pangkat masing-masing pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Dewan Serbaguna Bomba, Jalan Landasan Lama Berakas, kelmarin.

Pada majlis itu, penyampaian tanda pangkat telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknikal, Awang Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi.

Majlis itu menyaksikan Timbalan Pegawai Balai Embran bin Haji Ya’akub dinaikkan pangkat kepada pegawai balai dan Ahli Bomba Kanan No 89 Awang Mohamad Azani bin Haji Awang Besar dinaikkan pangkat kepada penolong pegawai balai.

Sementara itu, Ahli Bomba Kelas Satu No 654 Haji Mohd Noorlidini bin Haji Mahlidini dan Ahli Bomba Wanita Kelas Satu No 337 Pengiran Norhayati binti Pengiran Zainal dinaikkan pangkat kepada ahli bomba kanan.

Majlis tersebut dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan JBP serta ahli-ahli keluarga pegawai dan anggota yang diraikan.

Awang Nohi Irwan Surkarki memasangkan tanda pangkat kepada anggota bomba yang dinaikkan pangkat.
Salah seorang anggota bomba yang dinaikkan pangkat menerima tanda pangkat pada majlis berkenaan.