Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    4 askar dibunuh,7 jadi tebusan di Gambia

    DAKAR, 1 FEB – Pemberontak telah membunuh empat askar Senegal dan menahan tujuh tebusan selepas pertempuran di sempadan antara Senegal dan Gambia minggu lalu, kata tentera Senegal dalam satu kenyataan.

    Tiga askar maut dalam pertempuran pada 24 Januari antara tentera Senegal dan pemberontak dari Pergerakan Pasukan Demokrat Casamance (MFDC), katanya lewat kelmarin. Mangsa yang keempat meninggal dunia akibat luka beberapa hari kemudian.

    Seramai tujuh askar telah ditahan sebagai tebusan oleh MFDC, dan kesemuanya masih lagi “hidup dan selamat”, kata pihak tentera.

    MFDC adalah dalang konflik pemisahan intensiti rendah di wilayah Casamance di selatan Senegal yang bermula sejak 1982 dan telah meragut beberapa ribu nyawa.

    Satu pengiraan sebelum ini mengatakan dua askar terbunuh dan sembilan hilang, tetapi pihak tentera berkata semuanya kini telah diambil kira.

    “Tidak ada lagi orang yang hilang,” menurut satu kenyataan.

    Tentera tersebut adalah sebahagian daripada misi pengaman dari blok Afrika Barat ECOWAS di Gambia, yang dikenali sebagai ECOMIG.

    Kebanyakan daripadanya terdiri daripada tentera Senegal, ECOMIG telah dikerahkan ke Gambia pada Januari 2017 apabila bekas diktator, Yahya Jammeh enggan menyerahkan kuasa selepas kalah dalam pilihan raya presiden. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...