Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    4 belia terima bantuan kewangan program keusahawanan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Empat orang belia yang merupakan finalis Pertandingan Perniagaan Belia 2021 anjuran Entrepreneurship, Innovation, Community and Outreach (EICO) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima bantuan kewangan program keusahawanan, hari ini.

    Belia-belia berkenaan telah menandatangani surat penerimaan bantuan kewangan dan penyampaian surat bantuan kewangan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Program Keusahawanan di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Menurut kenyataan KKBS, wang bantuan diberikan kepada Syarikat Kilang Reroot dengan Projek Farmer’s Finest Uglies yang memberi fokus perniagaan kepada produk makanan manakala Syarikat Tambang Company dengan Projek Tambang.bn pula memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan dan pelancongan.

    Syarikat Katam Kalok de-ngan Projek Katam Kalok pula memfokuskan produk makanan dan aktiviti riadah serta Syarikat ZedConsultancy dengan Projek ZedConsultancy.bn, memberi fokus kepada perusahaan dalam bidang pemberian perkhidmatan pengurusan data dan statistik.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bergambar ramai bersama penerima bantuan kewangan berkenaan. – Gambar serahan KKBS

    Pertandingan Perniagaan Belia 2021 merupakan pertandingan untuk meningkatkan kapasiti keusahawanan dalam golongan belia untuk bekerjasama dan membangun khususnya dalam kalangan bakal usahawan.

    Antara lain tujuannya adalah untuk memberikan sokongan kepada individu atau pasukan yang mempunyai potensi dan mendorong untuk memulakan perniagaan dengan model yang terbukti dan mempunyai impak sosial yang positif.

    Pertandingan telah bermula pada 5 April hingga 26 April 2021 dan sebanyak 33 buah cadangan idea perniagaan diterima.

    Seramai 10 orang peserta terpilih ke peringkat akhir yang mana peserta dikehendaki mengikuti bengkal untuk menyediakan para finalis bagi menggilap idea perniagaan mereka agar menjadi lebih baik lagi.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Kewangan, KKBS, para pengarah dan pegawai-pegawai kanan di jabatan dan bahagian di KKBS, pegawai-pegawai dari Darussalam Enterprise (DARe) dan EICO serta ibu bapa finalis yang diraikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...