Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    4 didakwa selepas 53 migran maut dalam treler

    HOUSTON, 30 JUN – Empat lelaki telah didakwa atas pelbagai kesalahan selepas 53 migran maut dalam treler di San Antonio, Texas, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Pemandu treler itu, yang dikenali sebagai Homero Zamorano Jr, 45, didakwa atas tuduhan penyeludupan manusia sehingga mengakibatkan kematian, menurut Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), kelmarin. Media tempatan melaporkan Zamonaro mempunyai senarai rekod jenayah sejak 1990an, lapor Xinhua.

    Sementara itu, Christian Martinez, 28, ditahan di Palestine, Texas, pada Selasa dan didakwa atas pertuduhan bersubahat membawa masuk pendatang asing tanpa izin sehingga menyebabkan kematian, menurut DOJ. Siasatan mendedahkan bahawa komunikasi antara Zamorano dan Martinez berlaku membabitkan peristiwa penyeludupan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...