Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    4 ditahan muat naik hantaran cetus panik

    ISTANBUL, 7 FEB – Polis Turkiye hari ini menahan empat individu kerana memuat naik hantaran provokatif di media sosial susulan gempa bumi 7.8 pada skala Richter di selatan negara itu.

    Gempa bumi yang melanda wilayah itu awal pagi semalam setakat ini mengorbankan lebih 5,000 orang di Turkiye dan Syria, mencederakan ribuan orang dan mengakibatkan ramai lagi tanpa tempat berlindung dalam kesejukan.

    Empat individu itu ditahan selepas pegawai menjumpai akaun yang berkongsi “hantaran berunsur provokatif bertujuan menimbulkan ketakutan dan panik”, kata polis.

    Pihak berkuasa berkata siasatan yang lebih meluas terhadap akaun media sosial sedang dijalankan tetapi tidak menjelaskan secara terperinci kandungan hantaran itu.

    Media sosial Turkiye sarat dengan hantaran oleh orang ramai yang mengadu mengenai kekurangan usaha mencari dan menyelamat di kawasan mereka, khususnya di Hatay.

    Polis kemudiannya menjelaskan pihaknya akan menyelaraskan maklumat alamat dan lokasi warga yang memerlukan bantuan segera.

    Pihak berkuasa Turkiye dalam beberapa tahun kebelakangan ini bertindak keras terhadap hantaran di media sosial, terutamanya yang dianggap menyokong keganasan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...