Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    4 ditangkap seludup heroin di Vietnam

    HANOI, 16 MEI – Polis di wilayah Dien Bien utara Vietnam telah menangkap empat lelaki tempatan kerana menyeludup 115 buku heroin dari Laos, lapor agensi berita Vietnam hari ini.

    Keempat-empatnya yang berusia antara 20 hingga 26 tahun itu semuanya berasal dari wilayah Dien Bien.

    Polis tempatan mula menjalankan siasatan pada pertengahan April dan heroin yang dirampas di daerah Tuan Giao itu seberat 40.2kg, lapor agensi berita itu lagi.

    Penyeludup mengakui dadah itu telah dibeli di Laos dan dihantar ke wilayah Lao Cai utara Vietnam untuk dijual.

    Berdasarkan undang-undang Vietnam, mereka yang telah disabit bersalah kerana menyeludup lebih 600g heroin atau lebih daripada 2.5kg methamphetamine akan dihukum mati. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...