4 ejen terbunuh di utara Mexico; 4 lagi mati dalam kemalangan

MEXICO CITY, 6 Jan – Empat ejen bersama pegawai pendakwa raya negeri Tamaulipas terbunuh di utara Mexico, manakala empat ejen persekutuan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negeri sempadan yang sama.

Gabenor Tamaulipas, Francisco Garcia Cabeza de Vaca menulis dalam akaun Twitter beliau lewat Rabu bahawa empat ejen terbunuh di bandar sempadan Nuevo Laredo.

Beliau berkata “tiada apa yang akan menghalang tindakan pentadbiran saya untuk mengembalikan keamanan kepada penduduk di Tamaulipas.”

Pada hari Khamis, Setiausaha Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata ejen perisikan persekutuan dan tiga pegawai polis persekutuan maut dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke mesyuarat yang berkaitan dengan kerja.– AP