Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 harimau, ratusan tenggiling diselamatkan

    HANOI, 5 September 2012 – Polis Vietnam telah merampas empat ekor anak harimau dan lebih 100 ekor tenggiling terancam daripada suspek yang dipercayai penyeludup hidupan liar, menurut pihak berkuasa.

    Haiwan-haiwan berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta di Wilayah Ha Tinh. Dua lelaki ditangkap disyaki mengimport mereka secara haram dari Laos untuk dijual.

    “Anak-anak harimau dan 118 tenggiling berkenaan kesemuanya hidup, kecuali seekor tenggiling. Kami akan menyerahkan semuanya kepada renjer hutan dan menjangka mereka akan dibebaskan ke hutan tidak lama lagi,” kata seorang pegawai polis alam sekitar yang tidak mahu dikenali.

    Kira-kira 3,200 harimau yang tinggal dalam hutan di seluruh dunia, sementara mereka diburu bagi bulu, tulang dan bahagian-bahagian badan mereka yang lain pula digunakan sebagai ubatan tradisional China.

    Tenggiling juga berharga di China dan Vietnam sebagai hidangan dan perubatan.

    Kumpulan alam sekitar WWF pada Jun lalu melabelkan Vietnam sebagai salah satu pesalah paling buruk dalam kegagalan menangani perdagangan spesies terancam, satu tuduhan yang Vietnam nafikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda