Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

4 kematian akibat rabies dicatatkan di Sarawak

KUCHING, 6 MAC – Sarawak mencatatkan enam kes jangkitan rabies dengan empat daripadanya membabitkan kematian dalam tempoh 1 Jan hingga 5 Mac tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata kes-kes kematian terbabit berlaku masing-masing satu kes di daerah Siburan, Kanowit, Sibu dan Bintulu.

“Tahun lepas pula pada keseluruhannya ada sebanyak 12 kes rabies dan sebanyak 10 kes kematian di Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya sejak bermulanya rabies di Sarawak pada 2017, keseluruhannya terdapat 48 kes kematian telah dilaporkan dan sehubungan itu, bliau mahu orang ramai terus mengambil serius terhadap bahaya penyakit itu.

“Vaksinasi awal manusia terhadap rabies dapat menyelamatkan nyawa. Selepas itu, apabila rabies sampai ke otak, 99 peratus boleh menyebabkan kematian,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -