4 kluster baharu di Sarawak

KUCHING, 14 SEPT – Empat kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak hari ini dengan tiga daripadanya di Kuching manakala satu di Subis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan satu daripada kluster di Kuching ialah Kluster Taman Bong Chin yang melibatkan sebuah pusat jagaan warga tua dengan 10 individu dikesan positif COVID-19 daripada 78 orang yang disaring.

Hari ini jumlah kes baharu di Sarawak menurun kepada 1,934 kes berbanding 3,522 kes semalam menjadikan kumulatif kes kini 162,303 manakala angka kematian mencecah 639 orang apabila sembilan kes baharu dilaporkan. – Bernama