4 lagi ditangkap atas tuduhan seksa kru kapal

BATAM, INDONESIA, 27 JULAI – Polis Indonesia mendakwa empat orang lagi ditahan berkaitan tuduhan menyeksa hingga mati seorang anak kapal Indonesia yang dijumpai dalam peti sejuk di kapal nelayan China, menurut pihak berkuasa hari ini.

Menurut polis, semua suspek adalah eksekutif di agensi pengambilan pekerja Indonesia yang mengupah penduduk tempatan – seperti Hasan Apriadi, 20, yang mati bulan lalu – untuk bekerja di kapal-kapal Cina.

Seorang penyelia Cina di kapal Lu Huang Yuan Yu 118 dituduh penyebab kematian Apriadi selain menyerang kru Indonesia yang lain. – AFP