Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    4 LMS di Sabah mantapkan kawalan keselamatan perairan

    KOTA KINABALU, 13 JAN – Penempatan empat Kapal Misi Persisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Armada Timur di sini mampu memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.

    Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LMS memainkan peranan menangkis ancaman, mengawasi kawasan operasi, meronda zon ekonomi eksklusif dan platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik dan perang.

    “TLDM akan manfaatkan dengan sebaik mungkin (keupayaan LMS) demi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah termasuk melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan pelanunan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat TLDM Kota Kinabalu dan mendengar taklimat mengenai ‘Operasi Murni’ iaitu persiapan menghadapi banjir di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini. – Bernama

    Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan pemeriksaan perbarisan anggota TLDM di Markas Pemerintahan Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu ketika melawat atas kapal Littoral Mission Ship (LMS) RENCONG (belakang), semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...