4 mati letupan gas di China

SHENYANG, 21 OKT – Empat maut manakala puluhan lagi yang lain cedera dalam kejadian letupan di sebuah restoran di Shenyang, ibu negara Provinsi Liaoning di timur laut China hari ini, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku kira-kira 8:20 pagi di restoran di Jalan Taiyuannan, Daerah Heping, menurut jabatan publisiti daerah. Rangkaian penyiaran, CCTV menunjukkan beberapa bangunan di jalan berhampiran dipenuhi debu dan serpihan.

Penyelamat mengesahkan empat maut dan 47 cedera, manakala punca letupan masih disiasat, kata kerajaan tempatan Shenyang. – Bernama/AFP

Beberapa bangunan di sekitar tempat letupan yang musnah.