Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

4 maut, 3 kritikal, helikopter bertembung di Australia

MELBOURNE, AUSTRALIA, 2 JAN – Empat penumpang maut dan tiga lagi dalam keadaan kritikal selepas dua helikopter bertembung di udara di lokasi pelancongan di Australia, petang hari ini.

Sebuah helikopter sedang berlepas manakala sebuah lagi sedang melakukan pendaratan apabila bertembung dekat taman tema Sea World di Main Beach, pantai utara di Gold Coast, pemangku inspektor polis negeri Queensland, Gary Worrell berkata semasa sidang media.

Sebuah helikopter mendarat dengan selamat di tebing pasir, namun serpihan daripada sebuah lagi tersebar ke kawasan yang polis gambarkan sebagai sukar untuk diakses.

Mangsa-mangsa korban dan tiga yang cedera parah merupakan penumpang dalam helikopter yang terhempas.

“Orang awam dan polis cuba mengeluarkan penumpang-penumpang berkenaan dan mereka memulakan pertolongan cemas dan cuba membawa mereka ke tempat selamat dari kerangka pesawat yang terbalik,” Worrell berkata.

“(Orang-orang) di atas jet ski, bot-bot keluarga, orang awam bergegas untuk membantu orang-orang ini.”

Penumpang-penumpang dalam sebuah lagi helikopter, yang hilang cermin depan dalam nahas itu, juga menerima bantuan perubatan.

Rakaman video nahas tersebut menunjukkan sebuah helikopter sejurus selepas berlepas disepit oleh sebuah lagi helikopter yang terbang di atas air.

Sea World Helicopters, syarikat berasingan daripada taman tema berkenaan, mengucapkan takziah dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan terhadap nahas tersebut. – AP

Dua helikopter yang terhempas dilihat di atas pasir di lokasi nahas dekat Sea World, di Gold Coast, Australia, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -