Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut, 37 cedera serangan di Tripoli

    TRIPOLI, 30 April – Serangan udara ke atas Tripoli pada malam Ahad membunuh empat orang dan mencederakan 37 yang lain, kata Kerajaan Perjanjian Nasional Libya (GNA) semalam, menyalahkan serangan ke atas Tentera Nasional Libya (LNA) pimpinan Khalifa Haftar.

    Ia berlaku sehari selepas satu serangan yang sama ke atas ibu negara membunuh empat orang awam dan mencedera 20, menurut GNA.

    LNA yang dipimpin oleh Haftar melancarkan satu serangan ke atas Tripoli, kerusi GNA yang diiktiraf oleh dunia, pada 4 April.

    Selepas mencatat kejayaan awal, tentera Haftar telah menghadapi tentangan sengit di selatan pinggir bandar dan tenteranya telah diundurkan di beberapa kawasan. Sekurang-kurangnya 278 orang telah terbunuh dan lebih daripada 1,300 orang cedera dalam pertempuran, menurut angka yang dikeluarkan pada Rabu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    GNA menuduh Haftar menggunakan kapal terbang asing untuk melancarkan serangan udara, tanpa menamakan negara asal.

    Selepas serangan pada Ahad, “hospital awam menerima empat orang yang terbunuh – tiga orang awam dan seorang tentera, dan 37 mangsa cedera, beritahu Amin al-Hachemi, jurucakap untuk kementerian kesihatan GNA kepada AFP.

    “Jumlah tersebut mungkin meningkat memandangkan mangsa telah pun dipindah ke hospital swasta.” – AFP

    Pejuang setia kepada GNA menembak jip bersenjata semasa pertempuran dengan angkatan setia kepada Khalifa Haftar di Espiaa, 40km ke selatan bandar Tripoli. Pertempuran sengit di Tripoli meragut empat nyawa manakala 37 lagi cedera, menurut GNA. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda