Thursday, September 19, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut, 400 dirawat akibat cuaca panas di Korea Selatan

    SEOUL, 4 OGOS – Empat orang maut manakala sekitar 400 pesakit mendapatkan rawatan di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan sepanjang minggu lalu, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap, hari ini.

    Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea memaklumkan sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.

    Korea Selatan dilanda gelombang haba sejak akhir musim monsun minggu lalu, dengan suhu di banyak bahagian negara itu melebihi 35 darjah Celsius. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda