Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    4 maut akibat tanah runtuh, banjir

    JAKARTA, 17 NOV – Seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan, kelmarin.

    Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil.

    Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh.

    Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu ini, katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, Abdul Muhari berkata tiga kematian direkodkan susulan banjir yang menjejaskan 836 keluarga di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatera Utara, Jumaat lepas.

    Di wilayah yang sama, banjir besar menenggelamkan empat kawasan di Batu Bara pada Selasa akibat hujan berintensiti tinggi sehingga air Sungai Dalu-dalu dan Sungai Bahboloh melimpah.

    Banjir yang menjejaskan 645 keluarga turut merosakkan sebuah empangan namun telah diperbaiki untuk sementara menggunakan guni berisi tanah dan pasir, kata Abdul Muhari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...