CHANGSHA, 17 Ogos – Hujan lebat yang turun secara berterusan di wilayah Hunan China tengah sejak Jumaat lalu telah meragut empat nyawa dan lebih daripada 750,000 mengalami kerugian, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Hujan lebat melanda lebih daripada 193 perbandaran di Hunan. Lebih 1,000 rumah runtuh dan 43,160 hektar tanaman mengalami kerosakan, menurut ibu pejabat kawalan banjir wilayah dan bantuan kemarau.
Kerajaan tempatan telah memindahkan kira-kira 88,500 orang.
Hujan juga menyebabkan lebuh raya dan jambatan terhalang daripada digunakan dan sebahagiannya lagi mengalami kerosakan, bekalan kuasa dan komunikasi terganggu dan takungan air melimpah, manakala 20 kawasan pelancongan telah ditutup sementara di wilayah itu ekoran kebimbangan keselamatan.
Kerajaan Tempatan telah menghantar pasukan penyelamat dan menghantar barangan bantuan ke kawasan yang terjejas.
Hujan lebat dijangka akan berlaku lagi pada hujung minggu ini di Hunan tengah dan utara, menurut pihak berkuasa meteorologi tempatan. – Xinhua