4 maut dalam letupan berani mati di Pakistan

QUETTA, PAKISTAN, 5 SEPT – Polis mengesahkan empat pengawal separa tentera Pakistan terkorban hari ini dalam serangan pengeboman berani mati oleh seorang suspek yang meletupkan dirinya dengan motosikal di bandar barat daya Quetta.

Pengebom berani mati terbabit menyasarkan pengawal polis sempadan di kawasan kejiranan di bandar itu, Mian Ghundi – kira-kira 40km dari sempadan bersama Afghanistan – di mana pedagang Syiah Hazara menjual sayur-sayuran mereka.

Jurucakap Jabatan Anti Pengganas Polis, yang mengesahkan serangan itu, berkata 20 orang cedera, termasuk orang awam.

Timbalan Ketua Polis, Azhar Akram, berkata tiga pengawal maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal akibat kecederaan dialami.

Menurut Akram, 17 lagi pengawal dan dua orang awam cedera dalam letupan itu termasuk tiga berada dalam keadaan kritikal. – AFP

Pasukan keselamatan memeriksa tapak letupan selepas pengebom berani mati meledakkan dirinya dekat pusat pemeriksaan bandar Quetta pada 5 September. – AFP