Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    4 maut dalam nahas pesawat di luar Seattle

    SNOHOMISH, WASH, 24 NOV – Empat nama yang terbunuh dalam nahas kapal terbang kecil di timur laut Seattle minggu lalu telah dikeluarkan oleh pemeriksa perubatan kelmarin.

    Pemeriksa Perubatan Daerah Snohomish berkata mangsa termasuk tiga lelaki dari negeri Washington; Nathan Precup, 33, dari Seattle; Nate Lachendro, 49, dari Gig Harbour, dan Scott Brenneman, 52, dari Roy; serta David Newton, 67, dari Wichita, Kansas.

    Sayap kanan pesawat itu terlepas dari badan pesawat semasa penerbangan pagi daripada Renton, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan minggu ini. Pesawat itu terhempas dan kemudian terbakar di padang berhampiran Snohomish. Kesemua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan, menurut pejabat pemeriksa perubatan.

    Raisbeck Engineering dari Seattle telah menjalankan ujian Cessna 208B sebelum mengubah suai pesawat itu, menurut kenyataan daripada Presiden Raisbeck Hal Chrisman. 

    Beliau berkata pesawat itu masih belum diubah suai. Kru penerbangan termasuk dua juruterbang ujian ‘berpengalaman tinggi’, seorang pengarah ujian penerbangan dan seorang jurutera instrumentasi yang sedang mengumpul “data prestasi pesawat garis dasar,” kata Chrisman. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...