4 maut dalam serangan pisau
LONDON, 1 Jan – Empat lelaki muda telah ditikam mati dalam insiden berasingan di London menjelang Tahun Baru, sementara mangsa kelima dalam keadaan kritikal di hospital, kata polis hari ini. Siri keganasan luar biasa itu telah menambah lagi kebimbangan tentang jenayah serangan pisau di bandar Britain, yang diletakkan di tahap paling tertinggi selama lima tahun.


































