Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    4 maut dan puluhan cedera, Gempa di Haiti

    PORT-AU-PRINCE, 7 JUN – Gempa bumi telah menggegarkan bahagian barat Haiti kelmarin, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 36 yang lain, kata pihak berkuasa, dengan lebih ramai mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.

    Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud itu berlaku sejurus selepas 5:00 pagi (0900 GMT) sekitar 5.5 batu (9 kilometer) di luar pantai jabatan terpencil Grand’Anse, kira-kira 185 batu di barat Port-au-Prince, menurut Kajian Geologikal AS.

    Palang Merah Haiti berkata pekerja kecemasan sedang mencari orang yang mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan.

    “Usaha terus mencari mangsa yang terselamat,” kata kumpulan itu.

    Majoriti mangsa tinggal di kawasan miskin Sainte Helene, di bandar Jeremie, di mana seorang jurugambar AFP melihat beberapa rumah telah retak.

    Tiga daripada yang maut adalah ahli keluarga yang sama dan maut apabila rumah mereka runtuh, jelas ketua Perlindungan Awam di Grand’Anse, Christine Monquele kepada AFP.

    “Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Katiana Pierre, 19 tahun yang kehilangan suami dan adik perempuannya dalam gempa bumi itu. “Saya kehilangan semuanya.”- AFP

    Seorang warga Haiti melihat bangunan yang rosak di Jeremie, Haiti, selepas dilanda gempa bumi. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...