Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut kebakaran hotel di India

    NEW DELHI, 19 Jun – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beberapa yang lain mengalami kecederaan selepas satu nahas kebakaran yang dahsyat berlaku hari ini di negeri utara India, Uttar Pradesh, kata polis.

    Kebakaran berlaku di lokasi Charbagh berhampiran stesen kereta api di Lucknow, ibu kota Uttar Pradesh.

    “Nahas kebakaran berlaku pagi ini di dalam sebuah hotel di sini dan kami telah menyelamatkan lebih daripada 50 orang dari bangunan terbabit, namun malangnya empat orang telah terkorban dan beberapa yang lain mengalami kecederaan,” kata S. Pandey, seorang pegawai kanan polis yang ditempatkan di Lucknow kepada media.

    “Mereka yang mengalami kecederaan atau mengadu masalah pernafasan telah dimasukkan ke hospital.”

    Berikutan kebakaran tersebut, anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

    Para saksi menyatakan kebakaran bermula dari bawah tanah hotel dan merebak ke seluruh bangunan, selain turut merebak ke hotel berdekatan.

    “Kebakaran itu dapat dibendung dan operasi pencarian sedang dijalankan,” kata pegawai itu.

    Siasatan awal menunjukkan litar pintas mungkin menyebabkan kebakaran. Walau bagaimanapun, polis berkata punca sebenar kebakaran itu masih lagi dalam siasatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda