KHOST, Afghanistan, 17 Sept – Empat orang terbunuh dan 14 yang lain lagi cedera dalam satu letupan di sebuah pasar telefon mudah alih di tenggara Afghanistan hari ini, menurut pegawai.
“Letupan berlaku sekitar petang tadi di sebuah pasar di mana orang ramai pergi untuk memuatturun muzik dan video ke dalam telefon mudah alih mereka,” kata ketua polis wilayah Khost, Faizullah Khairat memberitahu AFP.
Tiada pengakuan bertanggungjawab segera dibuat bagi serangan itu, namun wilayah bergolak bersempadan dengan Pakistan itu dikawal Taliban. – AFP