4 maut, penduduk tentang langkah bendung Ebola

GOMA, DR COMGO, 21 FEB – Empat orang meninggal dunia akibat Ebola semasa wabak baharu melanda di Republik Demokratik Congo, di mana para penduduk menentang langkah-langkah untuk memben-dung penyakit itu, kata para pegawai hari ini.

Sejak kemunculan epidemik itu bulan ini, “kami sudah mendaftarkan enam kes Ebola. Kami kehilangan empat orang yang telah dijangkiti,” kata Doktor Eugene Syalita, menteri kesihatan wilayah di timur laut DR Congo, kepada AFP.

Syalita mengatakan seorang meninggal dunia Jumaat lalu dan sementara dua yang lain meninggal pada awal bulan.

Dua orang pesakit lagi sedang menerima rawatan di pusat rawatan Ebola di Katwa, tambahnya.

Syalita mengadu penduduk di wilayah itu tidak menganggap wabak baharu ini cukup serius.

“Sebilangan keluarga dikategorikan enggan rumah mereka untuk didisenfektan,” kata doktor.

“Orang ramai belum memahami bahawa Ebola telah muncul kembali. Semuanya belum lagi jelas bagi mereka.”

Seperti wabak masa lalu, penduduk di wilayah tersebut menolak untuk mempercayai adanya penyakit Ebola dan menolak langkah-langkah yang bertujuan untuk mengekang penularan virus itu, umpamanya seperti mengelak daripada menyentuh orang yang sakit atau tidak membersihkan orang yang mati yang telah dijangkiti. – AFP