4 maut pertempuran di Kashmir

SRINAGAR, 8 JUN – Pasukan tentera di wilayah Kashmir yang ditadbir India menembak mati empat pemberontak hari ini, beberapa jam selepas lima pemberontak dibunuh dalam pertempuran berasingan di kawasan sama.

Jurucakap tentera, Kolonel Rajesh Kalia, berkata dalam pertempuran itu, anggota tentera mengepung sebuah kampung di selatan wilayah Shopian selepas mendapat maklumat daripada pihak polis.

Dalam pertempuran yang mengorbankan empat pemberontak itu, pihak tentera turut meletupkan sebuah rumah manakala seorang pegawai tentera berkata tiga anggota tentera turut cedera. – AFP